Jumaat, 16 Mac 2018

Sedih!! Nasib Pelajar Cemerlang Berakhir Ke Tali Gantung


Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi adalah peribahasa yang selalu kita dengar dikaitkan dengan kelakuan anak-anak yang bermaksud segala tingkah laku dan sikap anak-anak datang dari hasil pembentukan ibu bapa itu sendiri. Mungkin ada yang setuju dengan kenyataan di atas dan ada juga yang tidak bersetuju.

Berikut adalah satu kisah sedih dan menyayat hati apabila hayat seorang pelajar cemerlang yang mana sepatutnya mempunyai masa depan yang cerah berakhir ke tali gantung akibat pengaruh dadah dan penceraian ibu bapa.

Seperti diceritakan oleh seorang doktor, beberapa tahun lalu ada seorang pelajar cemerlang, SPM dapat 10A, dapat jurusan perubatan namun sesuatu berlaku apabila dia terjebak dengan ketagihan dadah.

Puan Nadiah Yusof menceritakan bagaimana pelajar cemerlang ini tersalah pilih jalan yang akhirnya membawa diri ke tali gantung

“Kes remaja yang membakar tahfiz mengingatkan saya kejadian lapan tahun lepas ketika saya masih seorang pelatih. Saya terima seorang pesakit awal 20-an yang ditetak dengan parang di kedua-dua belah tangannya.”

“Kira-kira tidak lebih dari 10 deep laceration wound di sana. Dia datang bersama-sama sepasukan anggota polis dalam keadaan separuh sedar.”

“Ini kali pertama saya lihat luka seperti itu. Pucat muka dan berdebar jantung saya.”

“Hasil maklumat dari pihak polis, dia ditangkap setelah merompak dan membunuh 3 orang penghuni rumah iaitu isteri, anak berusia 3 tahun dan orang gaji.” Katanya

Nasib pelajar itu tidak bernasib baik apabila suami mangsa pembunuhan itu pulang ke rumah dan menagkapnya.

Akibat amarah yang membara dalam hati sang suami, tangannya di tetak dan orang kampung mencurahkan cuka pada lukanya.

Dia didapati membunuh dalam keadaan yang tidak sedar akibat pengaruh dadah.

Sejarah hidupnya didapati dia terkesan dengan penceraian ibu bapanya dan dia tidak dipedulikan sehingga terpaksa memilih jalan hidup sendiri dan terpaksa berhenti belajar.

Ketika sedang dalam rawatan tiada seorang pon ahli keluarga datang menziarah malah apabila pihak hospital menelefon salah seorang ahli keluarganya mereka tidak mengaku mempunyai pertalian darah dengannya.

Kisah anak muda ini menunjukkan bahaya pengaruh dadah kerana penagihnya sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan wang.

Walaupun suspek itu bekerja namun tak mampu menahan desakan ketagihan dadah sehingga gajinya hanya mampu bertahan 2 hari untuk membeli dadah. Akibat terdesak dia mencuri dan merompak sehingga mengorbankan nyawa insan yang tidak berdosa.

Menurut doktor berkenaan, sepanjang dia bertugas di Jabatan Kecemasan dan mengendalikan kes OSCC, 90% (anggaran kasar dan personel) dari kes rogol, sumbang mahram, sodomy malah dadah terhasil dari “broken family”.

Sepanjang di hospital tiada siapa berani mendekati pesakit berkenaan, mungkin kerana terlalu ramai anggota polis menggerumuninya.

Ketika mahu menyuapkan makanan ke mulutnya, suspek bertanya kepada doktor tersebut “Kenapa awak suap makanan pada saya? Saya pembunuh.”

Doktor yang dikenali sebagai Puan Nadiah itu menjawab “Sebab kamu manusia, manusia buat silap. Kalau kamu bertaubat boleh jadi kamu lebih mulia dari saya.”

Kepada para ibu bapa di luar sana pantau lah aktiviti anak-anak anda. Jangan libatkan anak-anak dalam masalah rumah tangga yang anda hadapi.

Sungguh sedih bila dikenangkan seorang yang hampir punya masa depan gemilang bakal berakhir di tali gantung kerana dadah & masalah keluarga. Editor:Anna