Sabtu, 10 Mac 2018

Suami Simbah Asid Di Muka Isteri Kerana Lahirkan Anak Perempuan

 

Pada Hari Wanita Antarabangsa seorang wanita di New Delhi, Farah Biwi, 25, menerima nasib malang apabila suaminya menyimbah asid ke muka nya ketika sedang tidur kerana berang melahirkan anak perempuan.

Siraj Niwi, 32 terlalu menginginkan zuriat lelaki namun pada kelahiran anak kedua isterinya tetap melahirkan anak perempuan selepas kelahiran anak sulung yang juga perempuan beberapa tahun lalu.

Farah dan Siraj telah mendirikan rumah tangga selama 8 tahun dan kini memiliki dua orang anak perempuan.

Farah kini masih dalam rawatan berkata suaminya itu marah kerana gagal memberi zuriat lelaki serta masih belum membayar sepenuhnya wang hantaran perkahwinannya.

Siraj telah melarikan diri selepas mencederakan isterinya dan kini diburu oleh polis.

Menurut mangsa, suami dan mentua membencinya kerana mereka menganggap Farah sengaja melahirkan anak perempuan dan sering menderanya sejak setahun lalu.

Suspek turut memaksa isterinya meminta wang daripada keluarga dan akan memukul mangsa sekiranya tidak mahu berbuat demikian.

Farah berkata dia cuba bertahan dengan perkahwinannya kerana memikirkan nasib anak-anak. Sekiranya perkahwinan mereka berakhir bagaimana dengan kehidupan dia dan anak-anak kerana hilang tempat bergantung.

Namun Farah berkata dia tidak menyangka suaminya tergamak menyimbah asid ke mukanya dan dia tidak dapat memaafkan lelaki tersebut. Editor:Anna