Rabu, 14 Mac 2018

Sufian Suhaimi Cipta Kenangan Pertunangan Melalui Lagu Di Matamu.


Umum mengetahui bahawa hubungan pertunangan penyanyi Sufian Suhaimi dan pelakon Elfira Loy telah terputus baru-baru ini.

Terbaru, Sufian memberitahu bahawa dia tidak mahu mana-mana pihak menjaja kisah tersebut yang berlaku ke atas dirinya kerana dia menganggap bahawa kisah tersebut telah berakhir.

“Saya memang tiada niat nak bercerita tentang kes putus tunang ini, saya hanya menjawab persoalan yang diajukan oleh media.”

“Sebolehnya saya tidak mahu lagi bercerita tentang perkara ini kerana ia sudah berakhir. Jadi, selepas ini saya mohon kepada rakan media dan semuanya tidak bertanya lagi tentang isu ini,” katanya.

Dalam pada masa yang sama, bapa kepada Elfira iaitu Ahmad Sabri Ariffin juga turut meminta perkara yang sama diberhentikan daripada menjadi buah mulut masyarakat sekeliling.

Bapa Elfira juga turut menyatakan bahawa Sufian bertindak sedemikian kerana ingin mempromosikan lagu barunya iaitu Di Matamu yang mula menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen.

Bagaimana pun, Sufian menafikan sekeras-kerasnya kenyataan yang dilakukan bapa Elfira itu di mana dia menyatakan bahawa dia telah lama mencipta lagu tersebut iaitu ketika masih lagi menjadi tunang Elfira.

Terdahulu, ketika sedang hangat mengenai berita putus tunangnya itu, Sufian mengakui bahawa dia sangatlah sedih sehingga menitis air matanya kerana merasakan bahawa perkara itu amat perit dan sukar untuk diterimanya.

Namun, berkat bantuan daripada ahli keluarga dan peminat dia bangkit melawan kesedihannya itu dan percaya bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Sufian juga turut menyatakan bahawa dia sekarang redha dan pasrah dengan kejadian ini dan berharap agar perkara ini dapat mematangkan dirinya nanti.

Tambahnya lagi, dia menyatakan bahawa buat masa sekarang ini dia tidak mahu memikirkan soal cinta kerana dia ingin menumpukan perhatian kepada perkara yang lain seperti kerjayanya.

Lagu Sufian yang bertajuk Di Matamu itu bagaimana pun bakal dilancarkan pada 23 atau 24 Mac ini di mana tarikh tersebut sepatutnya menjadi tarikh pernikahannya.

Oleh kerana itu, Sufian bersetuju untuk mengambil tarikh terbabit bagi melancarkan albumnya itu sebagai tanda kenangan terhadap perkara yang berlaku ke atas dirinya. Sumber: Berita Semasa, Editor: Iera