Tangan Terkulai Dibelasah Enam Lelaki.


Seorang remaja telah diserang oleh enam lelaki yang dipercayai bersenjatakan kayu sehingga remaja terbabit mengalami kecederaan teruk iaitu patah tangannya.

Kejadian itu dipercayai telah berlaku di sebuah kedai serbaneka di Tendong, Pasir Mas, Kelantan apabila mangsa dikatakan datang ke kedai tersebut secara berseorangan sekitar jam 4 pagi.

Mangsa yang dikenali sebagai Mohammad Badrimin Adnan yang berusia 18 tahun itu terpaksa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) semalam.

Menurut saksi, kejadian itu dikatakan berlaku ketika mangsa keluar daripada kedai berkenaan sehingga menuju ke arah motosikal yang diletakkan di luar kedai terbabit.

Namun, tanpa diduga secara tiba-tiba enam orang lelaki terus menyerangnya dengan menggunakan senjata iaitu kayu.

Bagaimana pun, mangsa dikatakan singgah di kedai terbabit selepas dia berjumpa rakannya di Bunut Susu, Pasir Mas dan tidak menyangka bahawa kejadian seperti ini akan berlaku ke atas dirinya. '

Peristiwa itu mula disedari oleh pekerja kedai terbabit yang mendengar jeritan mangsa dan kemudiannya dia terus meminta bantuan orang awam untuk menghubungi Balai Polis Bunut Susu, Pasir Mas.

Setakat ini, pihak polis masih lagi menjalankan siasatan lanjut termasuk mengenal pasti motif dan punca sebenar kejadian.

Dalam pada masa yang sama, kes ini berkemungkinan akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. Editor: Iera