Isnin, 12 Mac 2018

Telinga Bengkak Dan Lebam Dipercayai Dipulas Guru Tadika


SINGAPURA: Seorang kanak-kanak dipercayai telah di dera oleh guru tadikanya selepas terdapat kesan lebam dan bengkak pada telinga kanak-kanak terbabit.

Kejadian itu mula disedari oleh ibunya Claudia Kwan apabila anaknya yang berusia tiga tahun itu pulang daripada tadika terbabit.

Menyedari kejadian itu, ibunya segera membuat laporan dan pihak polis Singapura telah membuka kertas siasatan untuk menyiasat kejadian ini.

"Dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mengambil anak saya dari tadika, suami saya mendapati telinga anak saya lebam dan bengkak di bahagian atas telinga."

"Selepas ditanyakan apa yang berlaku, anak saya terus menangis," tulis ibunya di dalam satu kenyataan di dalam Facebook miliknya.

Namun, menyedari akan kejadian tersebut, Claudia turut pergi ke tadika terbabit untuk mendapatkan penjelasan mengenai kes anaknya itu tetapi semuanya itu tidak dilayan.

Hasil daripada pemeriksaan yang dilakukan, doktor mengesahkan bahawa kecederaan yang dialami oleh kanak-kanak itu adalah kerana kekerasan yang disengajakan. 

Melalui siasatan awal, pihak polis melaporkan bahawa seorang guru tadika telah memulas dan mencubit telinga kanak-kanak itu sehingga bengkak dan lebam. Sumber: Astro Awani, Editor: Iera