Rabu, 7 Mac 2018

Terima 57 Jahitan Gara-Gara Tangan Dibaham Buaya


KALIMANTAN: Satu detik mengerikan telah berlaku kepada seorang lelaki apabila tangannya di sebelah kanan telah dibaham buaya ketika dia asyik membuang air besar di Sungai Dumaring, Borneo Kalimantan pada jam 6.30 petang semalam.

Difahamkan, pengalaman ngeri itu telah berlaku ke atas mangsa yang hanya dikenali sebagai Saharuddin yang baru sahaja berusia 21 tahun.

Menceritakan mengenai detik-detik mencemaskan itu, mangsa memberitahu bahawa dia juga sempat untuk melawan buaya berkenaan untuk menyelamatkan dirinya daripada dibaham namun dia tidak menyangka bahawa dia akan kehilangan sebahagian tangannya itu.

Ibu kepada mangsa yang kebetulan berada di tempat kejadian menceritakan bahawa anaknya itu dikatakan sedang mengambil air dari sungai terbabit namun belum sempat dia bertindak sedemikian, tangannya itu terus diterkam oleh buaya yang kebetulan berada di kawasan terbabit.

Namun, mangsa sempat melawan dan menyelamatkan diri sebelum dia berlari memohon bantuan daripada penduduk kampung.

Hasil daripada bantuan orang ramai, mangsa yang mengalami kecederaan serius itu kemudiannya terus dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Mangsa juga dipercayai telah mengalami kederaan yang agak teruk di mana tangannya itu telah terkoyak dan akhirnya dia telah dijahit dengan 57 jahitan serta mangsa juga turut mengalami patah tulang siku.

Pihak polis yang menerima laporan itu telah mengesahkan mengenai kejadian terbabit dan pihak polis juga turut memantau kawasan berkenaan untuk mengelakkan kejadian ini berulang.

Dalam pada itu, penduduk kampung juga turut diminta untuk menjaga keselamatan diri mereka masing-masing agar perkara ini tidak berlaku lagi. Editor: Iera