Jumaat, 16 Mac 2018

Tukang Cuci Rogol Kanak-Kanak Dalam Surau.


Seorang lelaki telah ditahan gara-gara merogol seorang kanak-kanak yang berusia 5 tahun di dalam sebuah surau di Kompleks Mustika Griya Permai, Kalimantan, Indonesia.

Lelaki terbabit yang dikenali sebagai Rosyadi, 42, itu merupakan seorang tukang cuci di kawasan surau terbabit.

Perlakuan keji suspek bagaimana pun telah terbongkar selepas ibu kepada mangsa menyedari bahawa terdapat kelainan pada bahagian kemaluan anaknya itu apabila kanak-kanak terbabit mula mengadu sakit serta turut mengeluarkan bau yang kurang enak.

Kanak-kanak tersebut dipercayai telah dibawa ke hospital yang berdekatan untuk menerima rawatan bagi menghilangkan infeksi pada bahagian kemaluannya.

Difahamkan, surau tersebut merupakan tempat ibadah yang pada kebiasaannya telah menjadi tempat mengaji buat kanak-kanak.

Kejadian ini difahamkan berlaku apabila mangsa telah diajak masuk ke dalam surau terbabit dan suspek terus bertindak mengunci pintu surau terbabit lalu terus merogolnya.

Akibat daripada kejadian itu,mangsa telah mengalami kesakitan di bahagian kemaluannya,terutama ketika ingin membuang air kencing serta ketika hendak tidur

Bagaimana pun, Rosyadi telah dibawa ke balai polis di mana dia bakal dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun. Sumber: E Berita, Editor: Sara