Video Anjing Diikat Dan Diseret Penunggang Motosikal


Satu video berdurasi 1 minit dan 40 saat menunjukkan satu peristiwa di mana seekor anjing telah diikat dan di bawa lari oleh dua orang penunggang motosikal saat anjing tersebut sedang berehat di atas tangga.

Pada awalnya, kelihatan dua orang lelaki yang menaiki motosikal meninjau kawasan terbabit berulang kali di mana mereka juga turut meninjau kawasan sekitarnya.

Namun pada saat-saat akhir, dua ekor anjing mulai kelihatan namun hanya seekor sahaja anjing yang berada di tempat kejadian.

Kejadian itu dipercayai berlaku di kawasan kampung di mana tiada orang awam yang melalui kawasan terbabit serta kawasan tersebut juga kelihatan sangat sunyi.

Rakaman ini dirakamkan melalui satu rakaman cctv di sebuah rumah di mana saat-saat akhir video ini menunjukkan dua lelaki terbabit mendekati anjing tersebut dan mula menjerut kepalanya dengan menggunakan tali.

Sebaik sahaja berjaya menangkapnya, lelaki terbabit terus membawa lari anjing terbabit dengan menggunakan motosikal. Editor: Iera