Video Bayi Baru Lahir Ditemui Di Dalam Semak.


Satu video telah menjadi tular di media sosial yang berdurasi 30 saat menunjukkan satu kejadian di mana seorang bayi yang masih lagi kemerah-merahan telah ditemui di dalam semak.

Bayi yang masih bertali pusat serta baru dilahirkan itu kedengaran menangis pada mulanya dan tangisannya itu mula disedari oleh orang awam yang kebetulan melalui kawasan terbabit.

Kejadian ini dipercayai berlaku di Indonesia di mana penemuan bayi ini telah menggemparkan penduduk di sekitar kawasan terbabit.

Kelihatan beberapa orang wanita cuba memasuki kawasan semak terbabit bagi menyelamatkan bayi yang langsung tidak ditutup dengan sebarang kain itu.

Kedengaran juga suara lelaki yang mahukan bayi tersebut segera di bawa ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Kes pembuangan bayi ini masih lagi menjadi tanda tanya penduduk di sekitarnya. Editor: Iera