Video Dua Penunggang Motosikal Dirempuh Sebuah Kereta


Satu video berdurasi 44 saat menunjukkan situasi di mana dua orang penunggang motosikal dirempuh oleh sebuah kereta yang memandu secara laju dan berbahaya.

Tempat kejadian ini tidak dinyatakan namun melihat lokasi kejadian tersebut, kemalangan ngeri ini dikatakan berlaku di luar negara.

Melalui video tersebut, dapat dilihat dua orang wanita yang sedang memandu motosikal untuk menyeberang jalan tanpa melihat ke sebelah kiri dan kanan sebelum bertindak.

Mereka yang lengkap memakai topi keledar itu bagaimana pun tidak sempat mengelak apabila sebuah kereta yang dipandu terlalu laju bertindak melanggar kedua-dua wanita terbabit sehingga mereka berdua melambung ke udara.

Berkemungkinan besar, kedua-dua penunggang motosikal terbabit mengalami kecederaan parah mahupun meninggal dunia.

Namun, itu semua tidak dapat dipastikan kerana berdasarkan video itu, rempuhan yang mereka alami itu sangatlah kuat dan boleh meragut nyawa.

Berdasarkan video tersebut juga, dapat dilihat bahawa jalan tersebut kelihatan lengang di mana tiada banyak kenderaan yang melalui jalan terbabit dan dalam pada masa yang sama tiada sebarang lampu insyarat yang diletakkan di jalan terbabit. Editor: Iera