Ahad, 11 Mac 2018

Video - Ikan Masih Hidup Setelah Digoreng


Video berdurasi selama 52 saat menunjukkan seekor ikan masih hidup dan bergerak setelah di goreng.

Kejadian berlaku di Hengyang, Provinsi Hunan dipercayai sel saraf ikan tersebut belum mati ketika di goreng.

Kedengaran suara wanita sedang menjerit dalam video tersebut ketika melihat ikan itu bergerak dan perutnya seperti mahu terbelah.

Video ini telah tular di laman Weibo iaitu media sosial yang popular di China.

Pengguna Weibo tidak menganggap ini sesuatu yang pelik atau menakjubkan malah mereka menganggap ini adalah perkara yang kejam kerana menggoreng ikan yang masih bernyawa.

Kepada semua tukang masak disarankan supaya tunggu sekurang-kurangnya lima minit sehingga sel saraf ikan itu benar-benar mati sebelum menggorengnya. Editor:Anna