Selasa, 13 Mac 2018

Video Kantoi Beronani Dan Tonton Video Lucah Di Dalam Pesawat.


Akibat melakukan satu perbuatan pelik, seorang lelaki telah terkantoi apabila perbuatannya itu dirakam kerana menonton video lucah serta turut beronani.

Kejadian ini dikatakan berlaku di dalam sebuah penerbangan yang dipercayai telah berlepas dari Brazil di mana lelaki tersebut kelihatan memakai pakaian yang kemas dan melakukan perbuatan yang pelik ketika berada di tempat duduknya.

Perbuatan lelaki terbabit bagaimana pun telah dirakam oleh salah seorang penumpang lain yang mengesyaki aksi pelik lelaki terbabit dan oleh kerana tidak mahu ketinggalan dia bertindak merakamkan video terbabit dengan menggunakan telefon bimbitnya.

Berdasarkan video yang berdurasi 59 saat itu kelihatan lelaki itu terlalu asyik menggerakkan tangannya di mana terdapat selimut yang menutupi bahagian atasnya itu manakala tangan kirinya kelihatan memegang sebuah telefon bimbit.

Namun, apa yang lebih memeranjatkan adalah lelaki terbabit kelihatan seolah-olah tidak kisah walaupun perbuatannya itu ditegur oleh lelaki yang merakamkan aksinya itu.

Dalam pada masa yang sama, maklumat latar belakang mengenai penumpang dan pesawat tersebut tidak didedahkan kepada pengetahuan umum. Sumber: Astro Awani, Editor: Iera