Video Kes Samun Bersenjatakan Parang


Video berdurasi 52 saat menunjukkan seorang lelaki yang ditangkap gara-gara kesalahan yang dilakukannya iaitu dengan menyamun sebuah pasar mini.

Kejadian ini dikatakan berlaku di sebuah pasar mini di Panorama Lapangan Perdana, Ipoh, Perak.

Suspek yang memakai baju berwarna putih itu dikatakan telah memasuki pasar terbabit dengan memakai topi keledar dan turut menunggang sebuah motosikal yang berwarna hijau.

Hasil daripada tindakan orang awam, suspek bagaimana pun berjaya ditangkap sebelum dia diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Berdasarkan pemeriksaan, suspek juga turut membawa sebuah beg di mana terdapat sebilah parang tajam di dalam beg terbabit.

Bagaimana pun, menerusi video itu suspek telah diikat oleh orang awam yang sempat menangkapnya kerana mereka bimbing jika mereka tidak bertindak sedemikian suspek berkemungkinan akan bertindak kasar. Editor: Iera