Video Langgar Lembu Ketika Sedang Memandu


Satu rakaman selama 48 saat yang dirakam di dalam sebuah kereta menunjukkan satu kejadian di mana seekor lembu dilihat sedang melintasi jalan yang penuh dengan kereta yang dipandu laju.

Lembu terbabit dilihat datang daripada laluan yang bertentangan di mana lembu terbabit sedang berlari melintasi jalan.

Namun, seorang pemandu yang merakamkan aksi tersebut tanpa sempat mengelak terus melanggar lembu terbabit kerana peristiwa tersebut berlaku sangat pantas.

Kejadian ini dikatakan berlaku di jalan raya berhampiran Felda Adela, Kota Tinggi, Johor di mana lembu terbabit kelihatan langsung tidak diikat oleh tuannya. 

Peristiwa ini telah menyebabkan kereta tersebut mengalami remuk di bahagian hadapan manakala lembu terbabit tidak diketahui nasibnya. Editor: Iera