Video Lelaki Bakar Tikus Hidup-Hidup


Satu rakaman yang dirakam selama 17 saat menunjukkan satu kejadian di mana seorang lelaki membakar seekor tikus secara hidup-hidup.

Pada permulaannya, dapat dilihat tikus terbabit telah diletakkan di dalam sebuah sangkar untuk mengelakkannya daripada melarikan diri.

Namun, seorang lelaki bertindak mencurahkan minyak dan turut menyalakan api untuk membakar tikus terbabit.

Kejadian ini difahamkan berlaku di China berdasarkan percakapan daripada lelaki terbabit.

Api yang dinyalakan itu dilihat semakin marak dan di akhirnya kelihatan tikus terbabit keluar melarikan diri di mana api itu masih lagi berada di badannya.

Kejadian ini dianggap sebagai satu perbuatan yang kejam kerana telah melakukan penyeksaan terhadap binatang yang masih hidup. Editor: Iera