Video Lelaki Batalkan Niat Membunuh Diri Kerana Takut Buaya


Satu video yang berdurasi 56 saat mulai menjadi hangat di laman sosial di mana video tersebut telah dikongsi oleh orang ramai melalui laman Youtube.

Video terbabit memaparkan seorang lelaki yang ingin membunuh diri kerana telah ditinggalkan kekasih hati di mana dia nekad mahu terjun ke dalam sebuah sungai.

Kejadian ini dipercayai berlaku di Berau, Kalimantan Timur, Indonesia.

Seorang lelaki yang memakai pakaian berwarna putih dilihat sedang berdiri di atas sebuah jambatan kerana kecewa ditinggalkan kekasih.

Namun, orang ramai mula berkumpul di kawasan terbabit untuk menghentikan niat jahat lelaki terbabit dan ada juga yang turut merakamkan perbuatannya.

Orang awam yang berada di tempat kejadian kelihatan menjerit bahawa memberitahu lelaki terbabit bahawa sungai tersebut mempunyai banyak buaya ganas.

Jika dia terjun ke dalam sungai terbabit, kemungkinan buaya tersebut akan mengganas dan akan memakan dirinya.

Oleh kerana takut, dapat dilihat pada saat-saat akhir di mana lelaki terbabit berjaya di selamatkan oleh orang ramai daripada terkorban.

Tindakan orang awam yang berada di tempat kejadian yang berusaha sedaya upaya untuk menakutkan lelaki terbabit sepatutnya dipuji di mana mereka berusaha keras untuk tidak membenarkan gejala bunuh diri berleluasa. Editor: Iera