Video Longkai Bergaduh Berebut Kereta Kemalangan


Satu kejadian berlaku di Pasar Borong Selangor di mana dua orang penarik kereta telah bergaduh sesama sendiri kerana mahu berebut sebuah kereta yang terlibat dalam kemalangan.

Akibat daripada pergaduhan yang berlaku di atas jalan raya itu, lalu lintas di sekitar pasar borong terbabit menjadi sesak.

Video yang berdurasi selama 24 saat memaparkan lelaki yang memakai baju hijau dan hitam sedang bertengkar sambil menolak sesama sendiri.

Terdapat beberapa orang awam yang berada di tempat kejadian cuba menenangkan mereka dan video ini telah dirakam oleh seseorang yang turut berada di tempat kejadian.

Menurut sumber yang menyaksikan pergaduhan ini kejadian itu telah mendatangkan kecederaan kepada lelaki yang berbaju warna hijau kerana telah dipukul dengan teruk. Editor:Anna