Rabu, 14 Mac 2018

Video - Pemandu Uber Di Khianat Kena Baling Batu


GEORGETOWN – Video berdurasi selama 2 minit 2 saat memaparkan seorang pemandu Uber telah dibaling batu ke arah cermin hadapan keretanya oleh dua individu penunggang motosikal, di Jalan Ria, Khamis lalu.

Akibat keretakan yang berlaku pemandu tersebut terpaksa menanggung kerugian kira-kira ratusan ringgit.

Ketika kejadian berlaku, mangsa sedang bersendirian kerana baru selesai menurunkan penumpang di sebuah bank berhampiran jalan tersebut
Mangsa didatangi dua individu yang menunggang motosikal selepas memberhentikan keretanya di lampu isyarat persimpangan jalan tersebut.

Penunggang motosikal terbabit telah membaling batu kearah cermin hadapan kereta Perodua Myvi milik mangsa.

Mangsa tidak sempat mengecam wajah suspek kerana terlalu panik.

Kejadian itu berlaku pada 8 Mac kira-kira jam 7.40 pagi di persimpangan Jalan Ria menuju ke Jalan Magazine.

Suspek yang menurunkan mangsa di hadapan sebuah bank di Komtar memandu ke Jalan Penang ketika kejadian.

Menurut laporan polis, terdapat sebuah motosikal membunyikan hon berulang kali kepada mangsa namun tidak diendahkan.

Semasa mangsa melalui Jalan Ria, mangsa terdengar ketukan di bahagian cermin sisi sebelah pemandu.

Mangsa meneruskan pemanduan selepas mendapati cermin sisi keretanya telah pecah. Namun selepas itu dia didatangai dua individu menaiki sebuah motosikal lalu membaling batu ke cermin hadapan kereta mangsa sehingga retak ketika mangsa berhenti di persimpangan Jalan Ria.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup menunjukkan suspek adalah seorang lelaki dan pemboncengnya adalah wanita menaiki motosikal jenis Honda EX5 bewarna hitam namun nombor pendaftaran tidak dapat dilihat dengan jelas.

Pihak polis sedang mengesan dua suspek tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat. Sumber:Sinar Harian , Editor:Anna