Video - Pusat Beli Belah Alami Kerosakan Akibat Runtuh


Kuching - Video berdurasi selama 21 saat menunjukkan sebuah pusat membeli belah telah mengalami keruntuhan dan menyebabkan air hujan membasahi pusat membeli belah tersebut.

Kejadian itu berlaku di Plaza Merdeka pada pagi tadi membuatkan hampir keseluruhan pusat beli belah itu mengalami kerosakan.

Menerusi video berkenaan sebahagian daripada bumbung pusat beli belah tersebut telah hilang dan kelihatan air hujan sedang masuk membasahi ruangan premis berkenaan.

Buat masa ini sebarang maklumat mengenai kejadian itu belum dapat dikenalpasti punca keruntuhan premis terbabit. Editor:Anna