Jumaat, 16 Mac 2018

Video Remaja Belasah Penunggang Beca


Satu video yang berdurasi 1 minit 53 saat menunjukkan satu kejadian yang dipercayai berlaku di Thailand.

Video tersebut memaparkan seorang lelaki tua dibelasah oleh seorang penunggang motosikal dan dipercayai kejadian ini telah berlaku semalam di kawasan kejiranan yang tidak dinyatakan.

Pada mulanya, video terbabit menunjukkan beberapa orang pemuda yang menaiki motosikal serta seorang lelaki tua yang sedang mengayuh basikal daripada arah yang bertentangan.

Namun, pada minit yang berikutnya kelihatan seorang lelaki yang tidak memakai topi keledar melalui kawasan terbabit dan melanggar beca yang dikayuh lelaki tua itu secara tiba-tiba.

Perkara ini dikatakan berlaku kerana lelaki terbabit dikatakan sedang asyik bermain telefon bimbit semasa memandu dan langsung tidak memandang ke bahagian hadapan.

Akibat pelanggaran tersebut, lelaki terbabit telah terjatuh dan motosikalnya juga turut tercalar.

Lelaki tua terbabit kelihatan tercengang namun dia meneruskan kayuhan becanya dan oleh kerana tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut, lelaki muda terbabit terus menyepak dan menumbuk lelaki tua itu.

Difahamkan, lelaki tua terbabit telah mengalami kecederaan yang teruk dan tidak diketahui sama ada lelaki tua terbabit meninggal dunia ataupun tidak. Editor: Sara