Khamis, 15 Mac 2018

Video Rempuhan Kereta Dan Lori Penyelenggaran Jalan


Satu rakaman yang diambil oleh seorang pemandu berdurasi 6 saat menunjukkan satu kemalangan yang melibatkan sebuah kereta dan dua buah lori.

Melalui rakaman terbabit dapat dilihat dua buah lori yang sedang menjalankan penyelenggaraan  di bahagian sebelah kanan jalan di mana turut kelihatan juga beberapa penghadang jalan yang dilengkapi lampu turut diletakkan.

Lampu-lampu terbabit berserta beberapa buah kon telah diletakkan di kawasan yang sememangnya boleh dilihat.

Namun, saat-saat terakhir dapat dilihat sebuah kereta berwarna hitam melanggar lori penyelenggaraan terbabit sehingga bahagian hadapan keretanya itu remuk.

Tidak dapat dipastikan sama ada pemandu terbabit langsung tidak menyedari keadaan tersebut ataupun dia mengantuk semasa memandu.

Tempat kejadian ini berlaku serta identiti pemandu terbabit tidak dapat dipastikan lagi.

Keadaan pemandu tersebut sama ada dia selamat ataupun tidak juga langsung tidak didedahkan. Editor: Sara