Ahad, 11 Mac 2018

Video - Suspek Kes Curi Handphone Di Daiso Aeon Tebrau, Johor



Video berdurasi 28 saat menunjukkan seorang lelaki memakai baju bewarna biru dan memegang fail bewarna kuning sedang mencuri telefon milik seorang wanita yang membawa beg galas.

Kejadian berlaku di Daiso Aeon Tebrau pada petang semalam ketika mangsa sedang ralik memilih barang yang mahu dibelinya di kedai tersebut.

Suspek datang bersama kumpulannya bagi mengaburi mata orang ramai dengan cara berpura-pura untuk memilih barang.

Suspek mengambil kesempatan itu untuk menyeluk beg galas mangsa lalu mendapatkan telefon bimbit milik mangsa.


Menurut salah satu sumber, gambar di atas  menunjukkan suspek dipercayai orang yang sama sedang melakukan cubaan mencuri ke atas mangsa yang berada di premis lain.

Suspek merupakan warga Filipina dan dipercayai mereka bergerak secara berkumpulan di mana mempunyai 7 ahli. Editor:Anna