Video - Wanita Bergaduh Berebut Lelaki Berjaya Ditahan Polis


Video berdurasi selama 1 minit 47 saat memaparkan dua remaja wanita sedang menyerang seorang remaja wanita bertudung dan punca pergaduhan itu dipercayai kerana perselisihan faham dan cemburu kerana seorang lelaki.

Wanita bertudung itu dilihat sedang diseksa oleh dua remaja terbabit. Tubuh badannya di terajang dan dipukul dengan kasar oleh mereka berdua.

Dalam video tersebut turut dilihat seorang remaja lelaki dan seorang remaja sedang menyaksikan pergaduhan tersebut dan berkemungkinan mereka adalah rakan kepada suspek.

Orang awam yang menyaksikan kejadian itu terus membuat laporan kepada pihak polis lalu beberapa anggota polis tiba di lokasi kejadian dan berjaya menahan suspek.

Suspek dibawa ke balai polis untuk di soal siasat dan di ambil tindakan lanjut. Editor:Anna