Ahad, 11 Mac 2018

Video Wanita Ditikam Oleh Peragut Ketika Keluar Rumah.


Satu rakaman telah dirakam dengan menggunakan cctv yang berdurasi 58 saat menunjukkan satu kejadian di mana seorang wanita telah ditikam saat dia keluar daripada rumah.

Pada awal rakaman, kelihatan seorang wanita yang menggalas beg tangan sambil mendukung seorang kanak-kanak keluar dan menghampiri motosikal yang diletakkan di tempat kejadian dan kejadian ini dikatakan telah berlaku di China.

Beberapa saat kemudiannya, seorang wanita yang memakai baju berwarna merah pula keluar daripada rumah tersebut.

Namun, selang beberapa saat berikutnya, seorang lelaki yang mencurigakan datang dengan memakai pakaian yang berwarna hitam di samping turut membawa sebilah pisau di tangannya.

Oleh kerana bimbang beg tangannya akan diragut, wanita tersebut cuba mengelak dan menyembunyikan beg tangannya itu.

Melihatkan perlakuan wanita itu, lelaki yang mencurigakan itu bertindak menikam wanita yang mendukung kanak-kanak terbabit namun dia gagal.

Lantas, dia terus bertindak dan berjaya menikam bahagian belakang wanita yang berbaju merah itu sehingga dia jatuh.

Lelaki terbabit bagaimana pun sempat melarikan diri apabila dia melihat beberapa orang wanita mula keluar menolong mangsa.

Kelihatan darah menitik keluar daripada badan wanita yang ditikam itu dan orang awam yang berada di situ kelihatan terkejut dan segera mencapai telefon untuk mendapatkan bantuan. Editor: Iera