Video Wanita Main Mobil Legends Ketika Bersalin Viral Di Medai Sosial


Video berdurasi selama 8 saat di mana menunjukkan seorang wanita sedang bermain permainan yang popular pada zaman sekarang iaitu Mobile Legend ketika sedang bersalin.

Rakaman ini berkemungkinan dirakam oleh suami mahupun saksi yang kebetulan berada di tempat kejadian.

Bagaimana pun, video tersebut telah tular di media sosial kerana rata-rata yang menonton menganggap ia adalah sesuatu yang luar biasa kerana wanita itu langsung tidak menunjukkan sedang menahan sakit.

Dalam video tersebut terdapat dua orang doktor yang sedang membantu proses kelahiran wanita terbabit.

Namun, wanita tersebut hanya menunjukkan reaksi yang biasa sahaja tanpa mengeluarkan sebarang reaksi bahawa dia sedang bersalin seperti yang berlaku kepada kebanyakan wanita yang melalui proses ini.

Ternyata, pengaruh permainan ini sangatlah kuat sehinggakan ia berjaya membantu proses kelahiran bagi wanita ini.

Kejadian ini difahamkan berlaku di China berdasarkan tulisan yang terdapat di bantal yang digunakan oleh wanita itu. Editor: Anna