Rabu, 14 Mac 2018

Wanita Cantik Kantoi Seludup Dadah Simpan Dalam Barang Kosmetik



Tidak ada siapa yang menyangka wanita cantik dan bertudung merupakan seorang pengedar dadah.

Pihak polis telah menahan seorang suspek yang berusia 30 tahun selepas tertangkap cuba menyeludup dadah jenis syabu seberat 1.080 yang disembunyikan dalam barangan kosmetik seperti bedak, semalam.

Kejadian penangkapan itu berlaku di lapangan terbang juwata Tarakan selepas security check point (SCP) II yang ada di terminal berlepas curiga dengan gerak geri dan kelakuan wanita terbabit.

Ketika pemeriksaan di buat ke atas beg suspek, dadah ditemui bersama barang lain seperti bedak, sabun dan kotak tisu basah.

Difahamkan, suspek merancang membawa najis dadah terbabit ke Makassar dengan penerbangan Lion Air 739.

Ketika diperiksa suspek hanya bersikap tenang dan tidak menunjukkan rasa takut, marah atau sedih, malahan kata-katanya manis sekali membuatkan orang tidak percaya dengan kegiatan yang dilakukan.

Bagai manapun suspek kini di tahan pihak polis untuk di tindakan lanjut, dan identiti suspek masih belum didedahkan . Sumber:Eberita , Editor:Anna