Sabtu, 10 Mac 2018

Wanita Jolok Tekak Kekasih Yang Tersedak Stik Dengan Pisau


Seorang lelaki mengalami sesak saluran pernafasan kerana tersedak stik yang dimakannya di Pulau Utara New Zealand.

Mangsa, Isak Bester, 50 telah kehabisan nafas selepas 8 minit tersedak dan wajahnya bertukar warna ungu pucat.

Kekasihnya Sarah Glass berjaya menyelamatkan nyawa mangsa dengan cara yang sangat dasyat.

Sarah yang merupakan seorang bidan meminta pekerja restaurant mencari alat yang tajam untuk menyelamatkan kekasihnya.

Sarah cuba memberi bantuan pernafasan kepada Isak namun usaha itu gagal namun mangsa terus tidak sedarkan diri.

Pekerja tersebut memberi Sarah pisau pemotong dan tabung oksigen kemudian wanita itu menjolok tekak Isak sehingga terbuka ruang untuk Oksigen masuk.

Setelah 20 minit kemudian, pasukan perubatan tiba dan mangsa di bawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Sarah mempunyai keberanian untuk melakukan pembedahan tracheotomy pada pasangannya kerana pernah belajar cara melakukannya ketika berusia 20-an.

Pembedahan tracheotomy merupakan pembukaan jalan agar oksigen dapat masuk ke paru-paru melalui jalan pintas.Sumber:Daily Mail , Editor:Anna