Selasa, 13 Mac 2018

Wanita Kantoi Bersama Bekas Suami.


KUALA TERENGGANU: Seorang wanita telah ditangkap oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) selepas terbongkar kegiatannya di mana dia sering sahaja membawa balik teman lelaki ke rumah sewanya di Kijal, Kemaman.

Kegiatan wanita itu bagaimana pun telah terbongkar selepas penduduk sekitar kawasan terbabit membuat aduan di mana wanita yang berusia 37 tahun itu sering membawa balik lelaki ke biliknya pada setiap masa.

Namun, hasil daripada serbuan yang dilakukan, wanita tersebut telah ditangkap bersama dengan bekas suaminya yang berusia 34 tahun bersama tiga orang kanak-kanak dipercayai anak mereka sendiri.

"Soal siasat mendapati wanita itu sebenarnya sudah bercerai dengan bekas suaminya sejak lima tahun lalu.”

"Selepas dipaksa, wanita itu turut mengaku dalam masa sama sering membawa teman lelakinya masuk ke dalam rumah itu.”

"Bagaimana pun, wanita tersebut merayu agar tidak diberitahu kepada bekas suaminya kerana memberi alasan hendak membina hidup baru bersama lelaki itu," ujarnya.

Berdasarkan beberapa sumber, wanita terbabit mengakui bahawa dia tidak mahu lagi berkahwin dengan bekas suaminya itu.

"Wanita itu menjelaskan yang hubungan mereka tidak direstui keluarga bekas suaminya yang kini bekerja di Kedah, dan akan datang ke rumah itu sekali sekala sahaja.”

"Kata wanita itu lagi, secara kebetulan semasa serbuan ini, bekas suaminya datang melawat dia dan anak-anak," katanya.

Dalam pada masa yang sama, Pesuruhjaya JHEAT ketika dihubungi mengesahkan bahawa pihaknya telah melakukan tangkapan terhadap kedua-dua pasangan itu.

Oleh kerana itu, mereka berdua juga akan didakwa kerana telah ditangkap melakukan kesalahan berkhalwat. Sumber: Astro Awani, Editor: Iera