Wanita Wajib Baca. Kenali Sifat Lelaki Yang Mungkin Anda Tak Tahu


Tahukan anda sebelum bercinta anda harus mengenali pasangan anda terlebih dahulu. Sebelum bercinta sudah tentu anda berkawan dengan pasangan anda dan disitulah anda mengetahui perangainya bukan?

Pertama,sebenarnya lelaki tidak mencari wanita cantik tetapi sebenarnya kaum lelaki mencari wanita yang sejuk mata memandang dan mempersonakan.Oleh sebab itu suami atau pasangan anda akan meminta anda untuk berdandan bukan kerana dia mata keranjang tetapi dia hanya mahu anda kelihatan mempersona.


Kedua,lelaki tidak suka dikhianati.Jadi para wanita jangan pernah mengkhianati pasangan anda.


Ketiga,jika satu ketika pasangan anda akan menghabiskan masa bersama rakan-rakan dan kemudiannya kamu menganggap bahawa dia lupa terhadapan anda ternyata anda salah.


Kaum lelaki juga memerlukan masa bersama rakan-rakannya tetapi sebeanrnya dia tidak pernah lupa kekasihnya cuba dia memerlukan sedikit ruang untuk bersama kawan-kawan sahaja.Di harap anda memahaminya.

Keempat, jika pasangan anda mengatakan bahawa dia tidak memahami kamu itu bermakna pemikirarn kamu dan dia adalah berbeza. Ini bukan bermaksud dia akan mencari yang lain tetapi dia sedang cuba memahami anda.


Kelima,jika dalam sehari dia sibuk dengan kerjayanya namun percayalah ketika dia bersedia untuk tidur dia akan membayangkan didalam fikirannya bertapa cantiknya anda dimatanya.


Keenam, bertanyakan "awak sedang buat apa?" atau "awak dah makan?" Ini adalah ayat yang paling biasa disuarakan ketika anda sedang bercakap dengan nya melalui telefon bimbit.Namun sebenarnya mereka ini benar-benar ingin mengetahui apa yang anda lakukan pada hari tersebut walaupun nampak biasa namun kesan nya sangat mendalam.


Ketujuh,jika seseorang lelaki benar-benar mencintai anda,mereka akan menerima setiap kekurangan yang ada pada anda tidak kiralah gemuk,hitam atau anda berjerawat sekali pun. Dari sini kita boleh melihat bertapa pasangan anda tulus dalam mencintai anda.


Kelapan,lelaki mudah cair dengan senyuman anda.Oleh sebab itu, pasangan anda akan selalu memerhatikan memek muka anda setiap kali keluar bersama.


Kesembilan,lelaki akan melakukan apa sahaja bagi menarik perhatian anda. Walaupun kadang-kala dia akan menceritakan kisah tentang bekas kekasihnya kepada kamu.


Jadi jangan terasa hati jika dia menceritakannya tentang bekas kekasihnya kepada anda ini bukan bermakna dia masih teringatkan bekas kekasihnya tetapi saja mahu memberikan satu suasana yang padat dan bermakna.

Kesepuluh,ternyata lelaki tidak suka jika anda menceritakan tentang bekas kekasih anda meskipun pasangan anda gemar menceritakan tentang bekas kekasihnya keapada anda. Tahukah anda lelaki akan merasa cemburu jika kita menceritakan tentang bekas kekasih kita kepada nya.

Kesebelas,jika seseorang lelaki berani berjumpa dengan kedua orang tua anda ini bermakan dia benar-benar serius dalam perhubungan yang dibina.

Kedua belas, lelaki selalu ingin berkongsikan pelbagai hal bersama anda,namun kadang-kala dia tidak boleh menyampaikannya dalam keadaan yang baik. Anda sebagai pasangan jangan memaksanya untuk menceritakan jika dia belum bersedia untuk bercerita kepada anda.

Ketiga belas, ada pada suatu masa lelaki akan menitiskan air matanya.Ketika mereka berasa kecewa dan sedih mereka akan menitiskan air mata sama seperti anda.Jadi berikan sedikit pelukan untuk membuatkan mereka berasa tenang seketika.

Keempat belas, jangan pernah membuat seseorang lelaki merasa marah.Ada pada saatnya mereka ini tidak boleh menahan sabar jadi jangan pernah menguji tahap kesabaran mereka.

Kelima belas, lelaki sebenarnya mahkluk yang sangat simple dan tidak suka berharap.


Keenam belas, lelaki akan cuba mendapatkan semula hati wanita yang memutuskan cinta terhadapnya, dan akhir nya jika mereka gagal berusaha mereka akan terus melupakan anda.



Ketujuh belas,semasa seseorang lelaki jatuh cinta, sebenarnya mereka tidak boleh melupakan anda jika anda memutuskan hubungan tersebut.

Kelapan belas, jangan pernah berkata kepada mereka , "lupakan jelah" kerana ia nya membuatakan pasangan anda tertanya-tanya dan berasa curiga dengan anda. Jadi berterus terang sahaja dengan mereka. Jika anda tidak mahu menceritakan nya lebih baik anda diam.

Kesembilan belas, lelaki sebenarnya seperti anak kecil yang sentiasa ingin dibelai manja setiap hari. Jadi mereka tidak boleh tidur sekiranya pasangan tidak mengusap atau membelai rambut mereka sebelum tidur.


Dua puluh, lelaki akan selalu memuji anda tidak kiralah dengan apa cara sekali pun.

Dua puluh satu, jika seseorang lelaki berasa ragu-ragu dan dilihat seperti cuba mengelak ketika anda menyoalnya itu bermakna dia tidak mahu melakukannya.

Kebanyakkan lelaki akan menurutkan sahaja permintaan pasangan nya meskipun pada ketika itu dia keletihan bekerja namun demi orang yang dicintainya mereka tetap melalukannya.

Kedua puluh dua,semasa anda berkatakan tidak kepada pasangan anda tahukah anda didalam fikiran lelaki mereka akan cuba sedaya upaya sehingga mereka berjaya melakukannya. Sebagai contoh, ketika mereka cuba meminta anda menjadi kekasihnya.

Kedua puluh tiga,sememangnya golongan lelaki tidak akan memahami jika kita bercakap sekali sahaja. Bagi mereka penjelasan yang secukup yang dalam meceritakan situasi kamu ataupun bagi mereka contoh yang mudah untuk difahami.Sebab itu lah kita selalu mendengar golongan lelaki akan berkata wanita adalah mahkluk yang sukar untuk difahami.

Kedua puluh empat,lelaki amat benci pada golongan "gay".Namun, ada juga yang menyukai sesama jenis.Ada juga kadang-kala mereka takut putus persahabatan dengan kawan sesama jantina.

Kedua puluh lima, tahukah anda kaum lelaki amat manja dengan ibu mereka.Bagi mereka ibu adalah segalanya dan jangan cemburu apabila mereka akan lebih memberikan perhatian kepada ibu mereka berbanding anda tau. Pandai-pandailah jaga diri ya.


Kedua puluh enam, ini mungkin anda menyukainya lelaki akan menyimpan sedikit wang nya untuk membelikan kamu sedikit hadiah sebagai tanda dia menghargai kamu seadanya.


Kedua puluh tujuh, lelaki selalu memikirakan tentang wanita yang mungkin menyukainya,namun itu bukan bererti dia jatuh cinta dengan wanita tersebut. Di dalam hatinya cuma ada kamu sahaja. Percayalah.

Kedua puluh lapan, ketahuilah bahawa anda sukar untuk memahami lelaki, kecuali jika anda memberikan waktu untuk mereka dan mendengar segala masalah yang terbuku dimindanya. Jadi luangkan sedikit masa unutk mendengar setiap masalah mereka ya.Dengan cara ini mereka akan berfikir kamu benar-benar ambil berat tentang nya.

Kedua puluh sembilan, jika seseorang lelaki itu benar-benar mengatakan bahawa anda adalah orang yang paling dicintainya,maka kamu harus percaya mereka ini tulus mencintai anda sepenuh hati.

Ketiga puluh, percaya atau tidak golongan lelaki juga suka bergosip bersama-sama rakan lelakinya,namun bukan la gosip seperti kaum wanita ya. Mereka lebih menceritakan soal permainan video,isu semasa dan tentang kerjayanya.

Ketiga puluh satu, wanita merupakan kelemahan bagi setiap lelaki.Percayalah mereka tidak boleh melihat air mata kamu jatuh kerana kamu adalah orang yang paling dicintainya.


Ketiga puluh dua, kaum lelaki tidak seperti wanita mereka lebih jujur dan terbuka mengenai diri mereka. Kaum lelaki sentiasa akan menerima kekurangan pasangannya.

Ketiga puluh tiga, jangan membuat lelaki tertunggu-tunggu dengan jawapan anda. Mereka tidak suka menunggu dan mereka mudah bosan sekiranya lama menunggu jawapan daripada anda.

Ketiga puluh empat, percaya atau tidak lelaki merupakan juri yang adil dalam menilai sesuatu perkara.

Ketiga puluh lima, walaupun kadang-kala kita lihat seseorang lelaki itu kelihatan selekeh namun hakikatnya lelaki amat mementingkan kebersihannya. Sebab itu lelaki suka memakai wangi-wangian pada baju mereka.


Ketiga puluh enam, lelaki akan jatuh cinta kepada wanita yang sentiasa menerima kekurangan dirinya. Jangan pernah menyuarakan apa kelemahan pasangan anda.

Ketiga puluh tujuh, lelaki akan jatuh cinta sekiranya wanita itu boleh menjadi sahabatnya dan dalam masa yang sama boleh menjadi kekasihnya. Oleh itu, anda boleh menjadi pendengar yang setia kepada pasangan anda.

Ketiga puluh lapan, jika pasangan anda menceritakan masalahnya cubalah menjadi pendengar yang setia. Jangan berikan nasihat percuma atau menyalahkan pasangan anda sekiranya dia bersalah. Lelaki tidak suka anda membebel.


Ketiga puluh sembilan, jika ada seseorang lelaki menyukai anda ketahuilah dari pandangan mata nya anda sendiri boleh menilai nya sedalam mana dia mencintai anda. Mata tidak pernah menipu.

Empat puluh, lelaki selalu memikirkan cara untuk menolak ajakan kamu jika mahu kemana-mana namun bukan semuka lelaki begini hanya segelintir sahaja. Sebagai contoh dia akan menolak sekiranya di ajak berjalan-jalan ke pusat membeli belah.

Empat puluh satu, lelaki lebih geram dengan wanita yang cergas dari segala segi bukan hanya tahu tentang make up bergaya sahaja.

Empat puluh dua, lelaki adalah mahkluk yang pemalu,mereka malu bertanya kepada wanita sekiranya ada persoalan yang terbuku diminda mereka kerana bimbang tekaan mereka salah.

Empat puluh tiga, ketahuilah lelaki akan membayangkan sesuatu yang diingini nya. Mereka lebih gemar memendam sahaja keinginan mereka kerana tahu permintaan nya itu susah untuk diwujudkan.


Empat puluh empat, lelaki adalah makhluk yang susah untuk menyimpan rahsia dengan baik.

Empat puluh lima, lelaki selalu banyak berfikiran negatif berbanding positif. Oleh itu, jangan mudah panik jika mereka bertanyakan soalan yang kamu sendiri tidak pernah melakukannya.

Empat puluh enam, lelaki suka berangan tentang wanita yang dicintainya. Sebagai contoh mereka suka membayangkan bahawa mereka memiliki keluarga bersama pasangannya.

Empat puluh tujuh, berat badan bukan masalah yang penting bagi lelaki,namun mereka tetap akan menjaga pemakanannya termasuklah berat badan pasangannya.

Empat puluh lapan, jika seseorang lelaki itu benar-benar serius dalam perhubungan yang dibina mereka selalunya akan berusaha menjemput dan menghantar anda ke kerja. Serta mereka selalunya akan memeriksa inbox message di dalam telefon bimbit anda.


Lima puluh, lelaki memerlukan masa yang lama untuk melupakan seseorang wanita yang meninggalkannya. Editor: Ila Hakimi