Kerana Cemburu Pergelangan Tangan Isteri Putus



PULAU PINANG - Seorang suami bertindak kejam menetak hingga putus pergelangan tangan kanan isterinya gara-gara cemburu.

Mangsa ditetak berpunca rasa cemburu selepas suaminya mengesyaki wanita itu mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Menurut laporan Harian Metro, kejadian berlaku 1 pagi hari ini di Pangsapuri Bayu Nyaman, Bayan Lepas.

Dalam kejadian itu, isterinya yang berusia 24 tahun, dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan akibat cedera parah putus pergelangan tangan.

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan A A Anbalagan berkata, selepas menerima laporan, pihak polis bertindak pantas berjaya menahan suami mangsa.

Polis berjaya menahan suspek yang berusia 39 tahun di sebuah surau di Georgetown, kira-kira tiga jam selepas suspek menetak putus tangan isterinya.

Menurut A A Anbalagan lagi, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku di tingkat tiga kawasan parkir pangsapuri Bayu Nyamant.

“Kita dapati kejadian berpunca daripada rasa cemburu suami mangsa yang mengesyaki isterinya mempunyai hubungan (sulit) dengan lelaki lain sejak dua tahun lalu.

“Suspek mengaku menetak tangan mangsa menggunakan pisau dan mereka dalam proses perceraian,” katanya.

A A Anbalagan berkata, hasil pemeriksaan polis mendapati suami mangsa mempunyai empat rekod jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. - Harian Metro