2 Gambar Nora Danish Botakkan Kepala.


Pelakon Nora Danish mengejutkan pengikut Instagramnya apabila memuat naik sekeping foto dia berkepala botak.

Namun, jangan salah sangka! Sebenarnya Nora sedang menjalani penggambaran sebuah drama berjudul Hingga Jumpa Lagi.

Naskhah yang menggandingkan Nora dengan Kamal Adli itu menampilkan dimensi berbeza Nora yang belum pernah dilihat oleh peminatnya sebelum ini.

"Saya Eva, saya ada cancer rahim stage 4.

"Saya redha dan saya beruntung mempunya suami yg sangat penyayang....

"Tapi , saya tak nak dia terus begini, saya tak nak menyusahkan dia.

"Kalau boleh, saya nak turn back time, biar dia tak jumpa dengan saya. Biar dia kahwin dengan orang lain... Saya tak nak dia terseksa," tulisnya di entri terbabit.

Namun, perkara yang mengejutkan apabila imej dan kesan solekan khas itu telah menyentuh hati pesakit kanser yang berdepan situasi sebenar seperti watak Nora dalam drama terbabit.

"I baru je habiskan kemoterapi sebab kanser rahim final stage... Inspired me. Love Kak Nora," tulis seorang pengguna yang dikenali sebagai @tengku__nora. - Astro Gempak