2 Video Pemilihan PKR Gombak Bergaduh


GOMBAK - Pemilihan PKR Cabang Gombak kecoh selepas berlaku ketegangan jam 12 tengah hari tadi.

Difahamkan insiden berpunca salah faham antara dua ahli dalam kem berbeza sebelum menjadi serius selepas campur tangan pihak ketiga.

Insiden bermula apabila seorang ahli membawa kertas cai ke dalam pusat pengundian sebelum disedari ahli parti kem berbeza.

Sejurus ditarik keluar, berlaku insiden perang mulut sebelum pergaduhan dan tolak-menolak kurang dua minit.

Bagaimanapun, keadaan kembali terkawal selepas pergaduhan dileraikan dan mereka terlibat ditarik keluar pagar.