Kecoh Najib Buat 'Cameo' Dalam Drama Korea.


MEDIA sosial kecoh beberapa hari ini selepas kelibat bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, membuat penampilan cameo dalam sebuah drama bersiri Korea, Terius Behind Me.

Walaupun hanya penampilan dalam televisyen semasa satu babak antara watak Kwon Young-Shil dan Kim Bon, ia tetap menarik perhatian ramai.

Hanya beberapa saat penampilan itu namun netizen sempat merakam saat itu dan memuat naiknya ke laman sosial.

Akaun Twitter @eggsoo_ antara yang terawal memuat naik tweet bergambar, dan ia kemudiannya menerima lebih 13,000 retweet.

Rakaman yang disiarkan di televisyen itu dikatakan rakaman ketika Najib hadir memberi keterangan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. - Astro AWANI