Video - Yusuf Tegur YB Norhizam


Aktivis Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia Yusuf Azmi menegur Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee berhubung video tular perang mulut dengan penduduk Kampung Nibong di Ayer Molek, Melaka sehingga bertukar kecoh.

Beliau berkata demikian dalam sebuah video yang dimuat naik di Facebooknya hari ini.

Terdahulu, Norhizam sedar akan tanggungjawab dan sentiasa menjaga tingkah laku, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Bagaimanapun, dalam wawancara Melaka TV, Norhizam berkata beliau memohon maaf sekiranya ada kekasaran berlaku dalam insiden video tular berhubung perbincangan bagi menghalang sekumpulan penduduk menggunakan laluan alternatif di hadapan Taman Akasia kerana ia merbahayakan penduduk.

Dalam pada itu, Norhizam akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terus menabur fitnah dan cuba mencemar namanya menerusi video tular baru-baru ini. - Malaysiakini